This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Mencorak Anak

Jika kita perhatikan kain batik yang indah coraknya apatah lagi jika digubah menjadi pakaian yang cantik rekaannya, kadang kita lupa bahawa ianya bermula dengan kain tanpa warna yang bersih tanpa ada sedikit pun kotoran . Jika kain tersebut kotor maka pasti akan memberi kesan kepada corak yang akan dilukis serta warna yang bakal digunakan. Kita tahu juga bahawa setiap anak yang dilahirkan itu adalah ibarat kain putih, dan itulah yang dinamakan fitrah. Ianya begitu bersih dan menerima apa sahaja corak yang bakal dicoret diatasnya dan kemudian membentuk perlakuan mengikut corak yang telah dilukis tadi.
Kain putih yang datang dengan fitrahnya itu amat bergantung kepada orang tuanya untuk memberi corak samada ia corak yahudi, nasrani mahupun majusi. Jika itu corak yang kita lukis maka kita telah melakukan banyak kesilapan dan pelaburan kita. jika corak yahudi kita taburkan tidak pula bermakna si kain putih ini menjadi orang yahudi tetapi apa yang pastinya dia akan membawa sikap yahudi dalam dirinya. Dia akan sentiasa ingin duduk di atas dan sentiasa merasakan bahawa dirinya adalah yang terbaik. Keegoaan yang tinggi ini bukan sahaja akan membawa kemusnahan hidup pada si anak tetapi mungkin juga kepada orang tua kerana berkemungkinan mereka akan disisihkan dari kehidupan si anak.

Kita mungkin melihat bahawa takrifan samada ibubapa yang membentuknya samada menjadikannya seorang yahudi, nasrani, majusi mahupun Islam bermaksud agama yang akan dianuti. Itu satu kesalahfahaman yang besar. Ianya sebenarnya juga merujuk kepada kiasan jalan hidup. Kalau cara kita mencorakkan anak ialah cara nasrani maka kita akan dapat melihat corak kehidupan anak di masa hadapan cenderung kepada nasrani. Inilah yang dimaksudkan yang kadangkala kita ambil ringan kerana pada fikiran kita mereka sudahpun beragama Islam dan mana mungkin mereka menjadi selain dari Islam. Namun kita lupa bahawa Islam warisan hanya mungkin bermaksud pengakuan namun pada kehidupannya adalah corak yang sudah dibentuk dari kecil.

Kali ini saya ingin mengupas tentang apakah yang dimaksudkan dengan mencorakkan anak. Cuba kita renung dan buat satu pemerhatian. Cuba kita ambil sehelai kain putih yang bersih dan bentangkan di hadapan kita untuk kita corakkan. Sebelum kita mencorakkan apakah yang perlu kita lakukan seandainya kita bukan seorang pelukis. Sudah pasti kita akan memikirkan apakah yang perlu kita lakukan untuk melukis dan warna apakah yang sesuai serta corak sebagaimana yang patut kita coretkan di atasnya.

Itu bagi kita yang tidak pandai melukis namun bagi mereka yang berjiwa seni mereka terus sahaja memegang alat untuk mencanting untuk melakarkan corak. Mungkin kita berkata “ oh itu memang tugasnya, jadi memang lah mudah untuk mereka lukis”. Bagi saya itu hanyalah kata-kata mereka yang kurang mengkaji dan membuat pemerhatian atas kehidupan. Mereka sebenarnya melukis dengan penuh perasaan dan adakalanya mereka melontarkan perasaan mereka di atas kain putih samada mencanting batik mahupun melukis lukisan.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah seorang pelukis akan melukis dengan penuh kesenian dan kesenian itu datang dari perasaannya. Dia membentuk setiap strok lukisan dengan jiwanya dan hasilnya pasti akan menyenangkan hatinya. Tetapi berbeza dengan mereka yang tidak berjiwa seni, mereka membentuk lukisan dengan apa yang difikirkan bagus tanpa ada jiwanya. Maka lukisannya akan berhadapan dengan banyak kemungkinan, mungkin cantik, mungkin tidak. Dan sekiranya tidak, mudah sahaja, tak perlulah kita fikirkan untuk menggantungnya jauh sekali menjualnya.

Jika sekiranya lukisan itu cantik, mungkin tanpa sedar kita telah melukisnya dengan penuh perasaan dan mungkin kita telah meniru satu bentuk lukisan yang lain. Kemungkinan yang berlaku ialah kita mungkin menjualnya dengan harga yang mahal jika ia lukisan asli namun jika ianya adalah salinan dari lukisan yang lain mungkin ada harga atau mungkin tiada.

Begitulah dengan corak yang bakal kita bentuk dengan anak kita. sebenarnya kita hari ini sering memikirkan bagaimana membentuk anak kita agar berjaya mengikut acuan yang ingin kita lihat. Seringkali kita terlupa adakalanya atau selalunya acuan kita itu tidak sama dengan saiz yang sepatutnya untuk anak kita jika ianya kecil dan sempit, tanpa sedar kita telah menyiksa jiwa si anak hingga mental dan jiwa cedera. Ini boleh dilihat dari segi perlakuan dan jika acuan kita terlalu besar, pastinya berlaku juga ketidak selesaan kerana si anak dapat merasakan dia berada di bawah potensi dirinya yang sebenar.

Saya berpendapat jika kain putih yang ingin kita corakkan perlukan satu corakan yang mempunyai nilai seni, kita perlu bermula dengan jiwa. Pendidikan awal ialah pendidikan jiwa. Dari jiwa barulah datang corak yang sesuai dengan si anak. Jika jiwa si anak ialah jiwa seorang ahli sukan tetapi kita ingin mencorakkannya menjadi seorang chef maka pasti berlaku konflik diri yang bakal memberi kecederaaan yang teruk. Justeru kita yang mencorakkan anak haruslah terlebih dahulu mencorakkan diri kita dengan perasaan yang betul kerana anak yang dicorak dengan perasaan marah akan membawa sifat marah hingga ke akhir hayat jika dia tiada inisisatif untuk megubahnya.

Kita perlu mendidik atau mencorakkan anak kita dengan penuh perasaan dan dari situ akan timbullah rasa hormatnya kepada kita. bentuklah anak dengan penuh perasaan bukan dengan hanya logik akal. Fahamilah apa yang dapat dilakukan oleh si anak dengan kekuatan jiwanya. Rumah merupakan sekolah pertama untuk setiap dari kita . Rumah juga suatu tempat untuk membentuk anak-anak dalam menyelusuri masa hadapannya. Sebelum anak itu mengenal masyarakat besar, dia terlebih dahulu mengenal komuniti kecil dalam keluarganya. Jika dalam komuniti kecil ini anak tidak didik dengan perasaan tetapi dididik dengan paksaan, suatu hari nanti anak akan mencapai satu titik maksima dan berlakulah sesuatu di luar jangkaan kita. pada waktu itu kita mungkin menyalahkan anak tetapi kita lupa unsur paksaan itu amat besar impak negatifnya.

Ini tidak pula bermakna kita perlu mengikut apa jua yang dikehendaki oleh si anak. Kita perlu menolak kemahuan yang diinginkan oleh mereka seandainya ianya bakal memberi kemudaratan samada secara fiikal ataupun mental. Namun caranya bukan dengan paksaan, kita perlu membentuknya dengan perasaan. Saya sering diingatkan oleh bos lama saya sewaktu bekerja dulu… don’t get the respect but earn it. Jika kita ingin dihormati kita tidak perlu memaksa orang untuk menghormati kita kerana itu satu penghormatan palsu tetapi biarlah rasa hormat itu datang tanpa diminta. Begitu juga dengan anak. Kita perlu melakukan sesuatu agar rasa hormat datang dari jiwanya bukan sekadar meminta mereka menghormati kita.

kita perlu faham bahawa anak yang baik belum tentu soleh tetapi anak yang soleh sudah tentu baik. Jika anak kita berjaya dalam hidup secara fizikalnya belum tentu dia berjaya secara rohaninya. Orang yang sebenar kaya ialah orang yang kaya jiwanya. Orang yang kaya jiwanya adalah orang yang sedar bahawa dirinya sentiasa memerlukan Allah swt dan dirinya sentiasa faqir di hadapan Allah swt. Kita perlu mendidik anak-anak kita peranan Allah swt dalam hidup kita bukan sekadar hanya berkata Allah itu Tuhan sekalian alam. Berkata amat mudah tetapi menjiwainya amat sukar tanpa pemahaman yang betul. Biar sibijak mana anak kita tetapi jika dia tidak faham kedudukan dia dan Allah swt maka kecendurangan untuk menjadi orang yang egois amatlah besar.

Adakah kita mahu anak –anak kita menjadi seperti kita yang hanya mengingat Allah swt di kala susah dan melupakannya di kala senang walaupun kita sedar bahawa kesenangan itu adalah pemberian Allah swt. Cuba kita renungkan sewaktu kita di alam barzakh, apakah perasaan kita jika kita melihat anak-anak kita hanya sedih di hari kematian kita tetapi setelah pengagihan harta diselesaikan semuanya tersenyum tanpa memikirkan penat lelah kita yang berusaha untuk membahagiakan mereka.
Kita perlu didik anak-anak kita agar faham bahawa kita perlukan Allah swt sepanjang masa. Jika anak kita melakukan kesalahan janganlah kita hanya berkata bahawa dia telah melakukan kesalahan tetapi sampaikan kepadanya bahawa masih punya peluang untuk diampunkan Allah swt, dia masih dicintai Allah swt. Kita perlu mengajarnya untuk berterima kasih kepada Allah swt. Kita sering mengajar anak kita untuk berterima kasih kepada orang apabila diberi pemberian tetapi jarang sekali kita memberitahu anak kita untuk berterima kasih kepada Allah swt atas setiap kebaikan yang kita perolehi dan keburukan yang kita hadapi kerana apabila kita ditimpa musibah itu juga tandanya Allah swt mengingati kita…. manakan tidak hanya sewaktu susah kita beriya-iya meminta pertolongan darinya jika tidak kita akan minta pertolongan dari mereka yang kita fikirkan boleh membantu kita.
Bermula dari hari ini cubalah kita ajar anak kita untuk berterima kasih kepada Allah swt. Persoalannya bagaimana… jika kita memaksa, mereka akan memberontak. Cara paling mudah ialah kita terlebih dahulu melakukannya dan anak pasti mengikut perlakuan kita. Samada kita sedar atau tidak anak adalah cermin kita, jika kita berhias anak akan berhias. Jika kita dapat mencorakkan anak kita dengan kefahaman tentang cinta Ilahi maka Insya Allah anak kita akan hidup dengan penuh kasih sayang sesama makhluk

 Diambil dari : http://ibnumalek.blogspot.com/2010/03/jika-kita-perhatikan-kain-batik-yang.html

Why Is Life So Hard? ᴴᴰ ┇ Amazing Reminder ┇ by Ustadh Majed

 

Assalaamu Alaikum!

I hope and pray that you are in the best state of Iman & Health

Remember my brothers and sisters to be grateful with every hardship that is in your life because it is those hardships that increase your faith and your connection with all. Those hardships are reminders for you of your Lord. Always be grateful and Allah will increase you.. Yes we all go through hardships in this life but remember someone else has it worst than you….just be as positive as you can and have faith in Allah and InshaAllah you will get the reward of jannah. You go through difficulties and tests in this life to get the best reward of all rewards that is Jannah. InshaAllah. InshaAllah. May Allah help us all.

Awas!! Bahaya Penggunaan Tablet Kepada Anak Kecil

Zaman sekarang, anak-anak yan masih kecil sudah diberikan pendedahan dengan tablet seperti ipad, samsung tab, android tablet dan sebagainya. Pernahkah kita sebagai ibu bapa terfikir akan bahayanya tablet ini kepada anak-anak kita?? Bagaimanakah tablet ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak??

Seiring dengan teknologi dan arus kemodenan sekarang, permainan untuk si kecil alaf ini juga sudah berbeza dengan sekarang. Antara yang menjadi trend ibu bapa celik IT adalah memberi gadget seperti ipad atau tablet untuk dijadikan mainan si kecil. Namun terfikirkah anda samaada gadget seperti ini sesuai atau tidak untuk tahap umur semuda dua tahun ke bawah.

Pediatrik dari Akademi Amerika berkata, anak kecil kanak-kanak di bawah dua tahun perlu mengelak daripada menghabiskan masa dengan melihat skrin. Meluangkan masa terlalu lama pada skrin sentuh (touchscreens) dibimbangi boleh memberi kesan jangka panjang.

Menurut para doktor dan ahli terapi, menghabiskan masa terlalu lama di hadapan skrin boleh merosakkan perkembangan badan mereka.

” Kanak-kanak sepatutnya melakukan aktiviti pembelajaran menggunakan pen dan kertas, namun, jika mereka terlampau kerap menggunakan iPad otot mereka akan kekal lemah” kata ahli terapi pekerjaan Lindsay Marzoli dari Learning and Therapy Corner.

Kanak-kanak juga berpotensi untuk mengalami masalah motor dan kekuatan otot.

Dr Timothy Doran, pakar kanak-kanak di Pusat Perubatan Greater Baltimore juga turut menyatakan kebimbangan terhadap penggunaan gadget ini tanpa pengawasan ibu bapa. Ahli terapi juga menasihati ibubapa supaya mengehadkan penggunaan iPad selama 15 minit sahaja dalam satu masa.

Pakar Pakar Bedah Tulang Belakang Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Mohammad Nawar Ariffin memberitahu Kosmo Online bahawa, sebahagian otak diperuntukkan kepada fungsi tangan dan menggunakan skrin sesentuh menyebabkan tidak banyak pergerakan yang berlaku kerana mereka menggunakan satu jari sahaja. Disebabkan itu, penyelidik berpendapat otak kanak-kanak tidak dirangsang.

Dr. Mohammad Nawar Ariffin turut menambah yang kebanyakan ibu bapa juga sebenarnya lebih gemar memberikan iPad kepada anak mereka untuk mendiamkan kanak-kanak tersebut. Tindakan tersebut dilihat kurang wajar dan ibu bapa sepatutnya memperuntukkan masa kepada anak-anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain bersama dan bukannya menyogok mereka dengan gajet terkini.
Sumber : Awas!! Bahaya Penggunaan Tablet Kepada Anak Kecil | GilerKentang

 

ISU DAN CABARAN PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

REVOLUTION IN EDU

Penggunaan komputer dalam pendidikan sudah tentu akan melibatkan pengintegrasian teknologi seperti CD-ROM, pangkalan data, multimedia dan internet. Perubahan pendidikan melalaui revolusi teknologi maklumat sudah tentu memberi cabaran kepada kreadibiliti kaum guru. Guru tidak lagi menjadi satu faktor yang penting sebagai penyampai atau pemberi ilmu pengetahuan. Peranan guru akan berubah daripada pengajar dan pendidik kepada pemudahcara, tutor, perancang dan penilai pembelajaran murid. Perkembangan ICT yang pesat juga turut menyaksikan guru bukan hanya akan didapati di sekolah, malah pelajar akan mempunyai lebih ramai “guru” menerusi pembelajaran menggunakan internet.

Di sini letaknya menjadi peranan guru dan institusi sekolah dalam mengadakan kawalan dalaman dan kawalan luaran. Kawalan secara dalaman kepada pelajar boleh dilaksanakan melalui penghayatan nilai moral, etika, budaya dan agama dalam organisasi dan masyarakat, pengukuhan falsafah dan prinsip kehidupan dengan menanamkan niat untuk membawa kebaikan kepada alam sejagat dan juga kekuatan rohani dalam menempuh sebarang cubaan. Kawalan secara luaran pula dilaksanakan dalam bentuk penguatkuasaan etika dan peraturan yang berkaitan dengan penggunaan komputer.

Bagaimanapun, kawalan luaran hanya dapat dilaksanakan semasa pelajar berada di sekolah sahaja manakala kawalan dalaman berlaku secara berterusan tanpa mengira masa dan tempat. Ini jelas menunjukkan bahawa dalam setiap perkara, kawalan dalaman perlu diutamakan dan penghayatan kepada FPK merupakan suatu kemestian sama ada kepada guru ataupun pelajar.

Perubahan peranan guru memerlukan guru-guru dilatih dan didedahkan dengan kemahiran baru supaya mereka tahu mengendalikan dan menggunakan teknologi maklumat dengan berkesan di sekolah. Dalam tempoh RMK-8, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diberi tanggunghawab untuk memberi penekanan khusus terhadap penggunaan ICT dan kaedah pengajaran kreatif dengan mengkaji semula kurikulum latihan guru, mempergiatkan penggunaan komputer bagi mendapatkan bahan pembelajaran, menyediakan kursus jangka pendek dalam latihan guru oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN).

Bagaimanapun, guru sendiri hendaklah bersikap proaktif supaya mempunyai kemahiran yang diperlukan dengan belajar sendiri. Bukan setakat guru, malah pentadbir sekolah serta personel KPM juga perlu celik komputer. Ini adalah kerana penggunaan komputer tidak terbatas untuk pengajaran dan pembelajaran sahaja, malah pengurusan yang dibantu dengan komputer akan menjadi lebih efisien.

Penguatkuasaan akta-akta berkaitan dengan teknologi maklumat juga memberi implikasi terhadap sistem pendidikan negara. Memandangkan kos untuk mendapatkan perisian asli adalah terlalu tinggi dan pihak sekolah tidak berkemampuan untuk membelinya, kegiatan cetak rompak berleluasa di sekolah-sekolah. Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Hakcipta (Pindaan) 1997, diharapakan dapat menghadkan dan membanteras masalah yang paling besar dalam industri ICT di Malaysia iaitu cetak rompak perisian. Dengan ini kerajaan berharap dapat meningkatkan kandungan tempatan dan aplikasi berasas komputer di Malaysia.

Bagaimanapun, adakah dengan penguatkuasaan akta semata-mata merupakan langkah membendung kegiatan cetak rompak yang baik? Perkembangan ICT yang terlalu pesat telah menyaksikan pelbagai perisian baru silih berganti di pasaran. Di samping penguatkuasaan undang-undang, apakah alternatif lain yang disediakan oleh KPM supaya guru berpeluang menggunakan perisian ini secara halal demi pendidikan anak didiknya?

Menjelang penghujung RMKe-8, semua sekolah dijangka akan mempunyai makmal komputer. Ini bermakna, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan integrasi komputer. Begitu juga dengan mempunyai jangkauan internet dan mengakses lab web tertentu, khususnya pendidikan membolehkan guru mempunyai pelbagai sumber untuk digunakan dalam pengajaran di bilik darjah. Sumber maklumat pelajar tidak lagi terbatas di sekolah atau perpustakaan sahaja. Pelajar boleh mendapatkan apa sahaja maklumat sama ada berbentuk pendidikan atau hiburan semata dengan begitu mudah sekali. Kewujudan laman-laman lucah dalam internet yang semakin berleluasa pada masa kini merupakan suatu gejala yang sukar dibanteras.

Di samping kebaikan yang didapati melalui integrasi komputer dalam pendidikan, keburukan juga tetap datang. Kemungkinan untuk pelajar-pelajar ini menerima pengaruh negatif internet adalah tinggi. Oleh itu, guru sewajarnya mendedahkan etika dan undang-undang menggunakan komputer kepada para pelajarnya. Akta Jenayah Komputer 1997 yang telah wujud ini boleh membantu guru dalam mengadakan etika penggunaan komputer pada peringkat sekolah bagi membendung pengaruh negatif internet kepada pelajar. Tugas ini agak sukar dilaksanakan memandangkan capaian internet pada masa kini tidak terbatas di sekolah sahaja.

Pada masa kini, kafe siber beroperasi di merata tempat tanpa sebarang kawalan undang-undang yang ketat. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula didapati menjamin keselamatan komunikasi antara pengguna. Ini kerana menurut akta ini memintas komunikasi elektronik adalah menjadi satu kesalahan. Justeru itu penggunaan internet dalam bidang pentadbiran atau perkhidmatan pendidikan akan lebih diyakini. Contohnya penggunaan internet untuk memudahkan komunikasi dalam Jabatan dan Bahagian dalam Kementerian Pendidikan, seterusnya di Negeri, Daerah dan Sekolah. Dengan adanya Akta Hakcipta (Pindaan) 1997 rekod rangkaian peperiksaan berpusat, inventori sekolah, kemudahan pendidikan, maklumat peribadi akan dilindungi keselamatannya.

Akta Tandatangan Digital 1997 pula akan memudahkan pengurusan dalam bidang pendidikan. Pihak kementerian dapat menyebarkan maklumat pendidikan yang terkini kepada sekolah atau masyarakat setempat serta dapat berurusan secara digital dengan pihak Kementerian Pendidikan luar negara seperti negara ASEAN dengan lebih efektif dan tidak memerlukan kos yang tinggi dan masa yang lama.

Secara keseluruhannya, kemajuan teknologi maklumat di Malaysia telah mengalami perkembangan yang begitu pesat. Bagaimanapun, terdapat beberapa isu berkaitan dengan dengan pengunaan teknologi maklumat ini iaitu masalah etika penggunaan teknologi maklumat, isu hak cipta dan masalah keselamatan data. Menguatkuasakan undang-undang semata-mata bukan penyelesaiannya. Apa yang lebih penting ialah kesedaran setiap individu terhadap tanggungjawab menguruskan alam ini dengan penuh bijaksana dan berhemah. Bidang pendidikan didapati terlibat secara langsung dalam menanamkan kesedaran ini di samping sokongan daripada pihak-pihak berwajib yang lain.

Masalah-Masalah Yang Timbul/Wujud Dari Penggunaan Komputer Di Dalam Pendidikan

Sebagaimana yang telah dihuraikan tadi, aplikasi komputer dalam bidang pendidikan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pentadbiran pendidikan, penyelidikan pendidikan dan pengajaran dan pemelajaran. Disebabkan masalah-masalah yang timbul di dalam ketiga-tiga bahagian ini hampir sama, kita akan membincangkan masalah-masalah aplikasi komputer dalam pendidikan ini secara bersepadu.

a) Latihan Ulangan

Terdapat banyak perisian aplikasi pengautomasian pejabat di pasaran. Terdapat juga berbagai-bagai jenis perisian untuk penyelidikan mahupun untuk pendidikan. Setiap orang perseorangan yang ditugaskan mengendalikan perisian-perisian ini samada guru, kerani, pegawai penyelidik atau lain-lain, perlu menjalani latihan menggunakan perisian tersebut di samping mempelajari cara penggunaan komputer itu sendiri. Masalah akan timbul sekiranya orang perseorangan atau pekerja terbabit berhenti atau ditukarkan ke bahagian lain. Latihan perlu dilakukan semula kepada pengguna pengganti.

b) Kos Yang Tinggi

Kos mendapatkan peralatan dan perisian komputer masih lagi tinggi walaupun dijangkakan akan menurun. Kita bimbang dengan perkembangan pesat teknologi maklumat, syarikat-syarikat atau orang perseorangan sentiasa mengeluarkan peralatan dan perisian baru yang berharga tinggi.

Kerja-kerja penyelidikan selalunya memakan masa yang panjang. Oleh itu kos yang tinggi diperlukan dari segi penyenggaraan sistem, tenaga pekerja, peralatan-peralatan bantuan dan terutamanya sekali perkakasan yang diperlukan.

Disebabkan bidang teknologi maklumat dalam pendidikan masih baru dan tinggi permintaannya, maka institusi-institusi pengajian bertindak menaikkan yuran untuk mengikuti kursus-kursus tersebut. Pelajar-pelajar pelu memiliki komputer sendiri untuk mengelakkan persaingan di makmal-makmal komputer institusi pengajian.

c) Laporan/Maklumat Tidak Tepat

Staf yang ditugaskan mengendalikan perisian atau memasukkan data boleh mengakibatkan laporan yang diproses atau dianalisis oleh perisian tidak tepat. Ianya boleh berlaku umpamanya seperti kerja kemasukan data yang banyak dan berterusan.

Kesilapan juga boleh berlaku terhadap hasil penyelidikan sekiranya berlaku kecuaian semasa memasukkan data atau kesilapan dalam pembangunan sistem penyelidikan itu sendiri kerana kompleksnya sesuatu sistem penyelidikan tersebut.

Kemunculan virus-virus komputer boleh juga mengakibatkan kesilapan dalam analisis data.

d) Pergantungan Tinggi Kepada Komputer

Staf yang biasa atau selalu menggunakan komputer untuk membantu kerja-kerjanya mungkin boleh menyebabkan kerja-kerja tertangguh sekiranya terjadi sesuatu yang di luar jangkaan seperti kerosakan kepada komputer atau tenaga elektrik.

Pemelajaran di dalam kelas juga boleh terganggu sekiranya guru hanya bergantung kepada komputer untuk melaksanakan pengajaran.

e) Jenayah Kolar Putih

Terhadnya staf yang diberi kebenaran menggunakan komputer atau yang mahir menggunakan kompuer boleh menggalakkan jenayah kolar putih dengan mengelirukan angka-angka pada data komputer kerana ianya sukar dikesan.

f) Kurang Kepakaran

Kerja-kerja penyelidikan berbantukan komputer memerlukan tenaga kerja yang bukan sahaja pakar dalam bidang penyelidikan tersebut tetapi juga mahir dalam bidang komputer terutamanya sewaktu proses pembangunan sistem penyelidikan.Guru-guru yang pakar mengendalikan komputer juga diperlukan untuk melaksanakan pengajaran berbantukan komputer atau literasi komputer.

g) Sosialisasi

Kerja-kerja penyelidikan berkomputer juga boleh menyebabkan staf penyelidikan terlalu taksub terhadap komputer atau tugasnya hingga boleh melalaikan dari bersosial dengan masyarakat luar. Ia juga boleh melenyapkan empati terhadap orang lain kerana terlalu serius dalam tugas.

Penggunaan komputer sebagai alat pengajaran juga boleh mengakibatkan interaksi antara guru dan murid berkurang sekiranya guru tidak peka kepada tanggungjawab guru sebenarnya bukan hanya sekadar mengajar tetapi juga mendidik dan membimbing.

h) “Computer Phobia”

Disebalik perkembangan pesat dalam pengkomputeran, wujud juga segolongan manusia yang tidak berupaya atau berpeluang mengikuti perkembangan pesat teknologi maklumat. Mereka ini boleh bersikap takutkan komputer atau tidak mahu menggunakan komputer kerana kurang keyakinan mereka terhadap komputer. Di hati mereka boleh juga wujud rasa rendah diri apabila berada di kalangan individu yang celik komputer.

i) Internet

Internet tidak dimiliki oleh sesiapa. Setiap pengguna Internet bebas memasukkan apa-apa maklumat yang ingin mereka sampaikan kepada pengguna lain. Oleh itu adalah sukar bagi pihak pendidikan untuk menapis kandungan-kandungan yang baik dan elok sahaja untuk pelajar-pelajar.

Cara Mengatasi Masalah-Masalah Yang Wujud Kesan Dari Penggunaan Komputer

Berikut merupakan cadangan-cadangan yang difikirkan sesuai untuk mengatasi masalah-masalah yang wujud dari kesan penggunaan komputer. Kami mengklasifikasikan kepada tiga bahagian iaitu dari segi pentadbiran, penyelidikan dan pengajaran dan pemelajaran.

Dari segi pentadbiran, adalah perlu pihak pengurus atau pentadbir mengambil kira dari segi pembangunan sumber manusia. Adalah dicadangkan supaya pihak pentadbir :

• Mempertingkatkan latihan kepada kakitangan

Ini adalah untuk menyediakan kakitangan mereka menghadapi perkembangan teknologi maklumat yang terkini. Sekiranya semua kakitangan telah diperlengkapkan dengan kemahiran-kemahiran yang sepatutnya, sudah tentu masalah kehilangan tenaga pakar tidak berlaku andainya terjadi pertukaran kakitangan pada organisasi tersebut.

• Menitikberatkan kebajikan pekerja

Pihak pentadbir juga perlu menjaga kebajikan pekerja untuk mengelakkan berlakunya perpindahan pekerja ke organisasi lain. Malah masalah seperti kemasukan data yang salah (Garbage In Garbage Out – GIGO) dapat dihapuskan sekiranya pentadbir memberi peluang dan masa yang secukupnya untuk kakitangan mereka menjalankan tugas. Selalunya kesilapan berlaku kerana kecuaian pekerja yang melakukan kerja secara tergopoh-gapah. Mungkin kerana mahu cepat siap, faktor kuantiti sahaja yang diambil kira, dan ini menyebabkan mereka mengabaikan faktor kualiti. Kebajikan pekerja perlu diambil berat. Adalah dicadangkan juga setiap data atau maklumat yang dimasukkan disemak oleh “Quality Control”. Ini dapat menghasilkan data yang lebih tepat dan jitu.

• Penerapan Nilai-nilai murni

Jenayah kolar putih sering berlaku kerana kakitangan tidak mempunyai sikap jujur,amanah dan bersih. Penerapan nilai-nilai murni adalah wajar disarankan untuk diserapkan ke dalam jiwa dan sanubari kakitangan. Di samping itu, pihak pentadbir bertanggungjawab untuk mengambil inisiatif segera dalam memahami dan mengatasi masalah yang dihadapi kakitangan mereka. Penyelewengan mungkin berlaku kerana tekanan emosi atau kesempitan wang. Oleh itu, kemungkinan kepincangan pada pihak pentadbiran mungkin boleh mengakibatkan berlakunya gejala negatif seperti ini. Sekiranya kebajikan pekerja

• Melahirkan graduan yang berkualiti

Institusi Pengajian Tinggi serta institusi swasta juga memainkan peranan yang penting terhadap kekurangan tenaga mahir tempatan dalam bidang teknologi maklumat. Dengan adanya graduan yang berkualiti dan berkuantiti ini, maka masalah tenaga pakar dapat dimansuhkan. Graduan-graduan inilah yang akan menerajui teknologi komputer dimasa hadapan.

• Menguatkan akta hakcipta dari segi undang-undang

Sememangnya akta hakcipta dari segi undang-undang telah ada. Namun begitu tindakan yang serius tidak dijalankan yang menyebabkan berlakunya kesalahan menggunakan perisian tanpa lesen yang sah. Keadaan ini memaksa pengeluar mencipta virus, yang walaupun pada asalnya bertujuan untuk memelihara perisian mereka, telah sedikit sebanyak menyusahkan pengguna yang lain. Sekiranya undang-undang diperketatkan, sudah tentu tidak wujud lagi situasi penggunaan “pirate copy”. Disamping itu juga, sekiranya kos perolehan perisian dapat diturunkan akan menggalakkan pengguna mendapatkan perisian yang asli dan tidak “pirate copy”.

• Pembuatan perbuatan komputer tempatan

Pengeluaran peralatan teknologi dari tempatan juga adalah digalakkan. Dengan penghasilan produk ini secara tempatan, sudah tentu kos pembuatan dapat dikurangkan dan seterusnya kos peralatan juga dapat diturunkan sebanyak mungkin.

• Pemilihan yang bijak.

Perolehan peralatan juga perlu dibuat dengan bijak. Beli peralatan yang perlu sahaja dan elakkan dari pembaziran wang dengan membuat perolehan yang tidak penting. Cara ini dapat mengurangkan kos perolehan peralatan teknologi maklumat.

• Luangkan Masa Bersosial dan Prinsip diri.

Seringkali penggunaan teknologi maklumat dikaitkan dengan pengurangan nilai-nilai sosial dikalangan masyarakat. Pihak bertanggungjawab perlu sedar tentang ini dan hendaklah beri masa yang sesuai untuk membolehkan kakitangan mereka bergaul dengan masyarakat. Malah pada pendapat kami dengan adanya kemudahan teknologi maklumat, sekiranya digunakan dengan bijak boleh merapatkan hubungan samada pada lokasi yang dekat mahupun di hujung dunia, kerana teknologi komputer telah melahirkan “global village”. Manusia menjadi semakin dekat tanpa mengira faktor geografi dan jarak.

Dari segi pengajaran dan pemelajaran pula, perkara-perkara yang disarankan ialah :

• Peruntukan dari Kerajaan

Untuk mengatasi masalah kurang kelengkapan dan peralatan komputer di sekolah-sekolah dan institusi pengajian, pihak kerajaan perlu campurtangan dengan memberikan peruntukan yang secukupnya untuk membolehkan organisasi terbabit melengkapkan institusi pengajian dengan kemudahan dan kelengkapan yang mencukupi untuk semua pelajar.

• Tingkatkan keselamatan komputer

Kejadian-kejadian seperti di San Diego di mana tiga orang pelajar telah digantung pengajian mereka kerana cuba memecah masuk ke sistem komputer sekolah untuk menukar gred dan tugasan mereka; di UCLA di mana Ronald Austin seorang pelajar universiti tersebut telh didakwa kerana cubaan memecah masuk ke 200 akaun yang dimiliki oleh Advanced Research Projects Agency Network (Arpanet) akan dapat dihapuskan sekiranya langkah berjaga-jaga diambilberat. Malah keselamatan komputer perlu diambil berat untuk mengelakkan gejala negatif seperti ini berlaku lagi.

• Guru Tidak Terlalu bergantung kepada perisian

Kurangnya interaksi antara guru dan pelajar juga sering dikaitkan dengan adanya teknologi komputer. Dalam hal ini, sebagai guru kita hendaklah bertindak dengan bijak. Sifat terlalu bergantung kepada perisian perlu dilenyapkan. Guru-guru perlu bertindak sebagai pembimbing dan penunjukcara yang aktif. Dengan ini dapat merapatkan lagi hubungan guru dengan murid dan dapat memperbanyakkan interaksi dengan pelajar. Mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih, pepatah lama perlu dipegang.

• Didikan awal

Didikan awal dan penerapan nilai-nilai murni adalah penting untuk melahirkan generasi bermaklumat yang bermoral. Sekiranya didikan nilai-nilai murni telah ditanam di jiwa pelajar-pelajar, tidak akan berlaku kesalahan atau jenayah komputer yang membimbangkan generasi akan datang.

• Membudayakan Masyarakat

Masyarakat perlu dibudayakan dengan pendedahan kepada teknologi komputer. Inisiatif ini perlu diambil oleh setiap individu itu sendiri. Setiap individu hendaklah cuba mempertingkatkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran terkini. Malah membudayakan masyarakat dengan literasi komputer akan menjadi lebih mudah sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing dan kerjasama yang serius.

Kesimpulan

Tidak dinafikan perkembangan pesat teknologi maklumat khususnya komputer telah menimbulkan pelbagai masalah kepada masyarakat. Namun begitu perkara ini masih boleh dibendung jika setiap individu mengambil tindakan yang serius untuk mengatasinya. Sekiranya langkah yang sesuai dan betul dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab, perkembangan pesat ini boleh memajukan sesebuah negara dan dunia amnya. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Bergantung kepada usaha dan inisiatif kita untuk membendung masalah ini dan menggunakan teknologi komputer sebaik mungkin.

Bibliografi :

V.Pang, Y.K Yap dan Y.M Tan, (1992). Buku Sumber Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Siri Pendidikan Longman

Dewan Budaya, Ruang Siber dan Cabarannya , Edisi Julai, 1996

Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2002. Undang-undang Malaysia Akta 563 : Akta Jenayah Komputer 1997 (atas talian).

http://dbp.gov.my/buletin/Ssiber2.htm (6 Ogos 2002).

2002. Undang-undang Malaysia Akta 562 : Akta Tandatangan Digital 1997 (atas talian).

http://dbp.gov.my/buletin/Ssiber1.htm (6 Ogos 2002).

Diambil dari : http://mahanisulaiman.blogspot.com/2010/04/isu-dan-cabaran pengintegrasian.html

 

PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA: ANTARA SUMBANGAN DAN CABARAN DALAM MENEMPUH ABAD KE-21.

 

PENDAHULUAN

Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status “World Class Education”.

Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu :

  • Pembangunan tenaga manusia
  • Kepesatan pertumbuhan ekonomi
  • Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial
  • Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat
  • Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual
  • Pembangunan teknologi dan sains
  • Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.

‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.

SUMBANGAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA KEPADA SEKTOR PENDIDIKAN

Apabila Kementerian Pendidikan telah menetapkan satu matlamat untuk menjadikan pendidikan bertaraf dunia, dengan sendirinya matlamat tersebut telah mengariskan apakah langkah-langkah yang perlu diambil. Langkah-langkah tersebut adalah:

  1. Pengkorporatan Universiti.

Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, semua pihak di negara ini yang terlibat dengan kegiatan pendidikan perlu meningkatkan komitmen mereka supaya sentiasa berusaha mengekalkan dan meningkatkan kualiti pendidikan untuk kemajuan dan perubahan. Pendidikan yang berkualiti amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pembangunan sumber tenaga manusia yang produktif di negara ini yang sedang mengorak langkah mencapai status negara maju.

Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan mempunyai motif tertentu bukan sahaja bagi tujuan mendapatkan lebih banyak keuntungan dengan mengurangkan tanggungan kerajaan bagi membiayai perbelanjaan pengajian tinggi, bahkan juga bagi menjadikan sektor pendidikan di negara ini lebih dinamis perkembangannya. Selaras dengan pengkorporatan universiti, adalah diharapkan supaya pihak pentadbiran universiti mengadaptasikan pengurusan universiti mengikut model-model penswastaan, pengkorporatan dan pensyarikatan yang menekankan kepada perkhidmatan keuntungan dan produktiviti.

Kerenah birokrasi dan pelbagai ‘red tape’ yang mengekang perjalanan universiti akan dapat diatasi melalui pengkorporatan universiti. Dengan ini universiti akan bertenaga meningkatkan kewibawaan dan memulakan anjakan paradigma barunya membawa era pendidikan bertaraf antarabangsa. Autonomi universiti akan digunakan untuk kepentingan korporat.

Pasaran pendidikan tinggi juga akan diperluaskan melalui pengeksportan pendidikan ke negara lain di samping menarik pelajar ke Malaysia dengan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar utama bagi menjamin kualiti, akauntabiliti dan kredibiliti pendidikan tinggi tempatan.

  1. Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan

Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi mereformasikan pelbagai aspek organisasi pendidikan di semua peringkat persekolahan.

Ini termasuklah membaiki :

  • Kualiti pengajaran
  • Kualiti perkhidmatan
  • Kualiti kurikulum
  • Kualiti penilaian dan pensijilan
  • Kualiti pensyarah
  • Kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar
  • Kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi
  • Kualiti pengurusan dan pentadbiran universiti
  • Kualiti kepimpinan universiti
  • Kualiti penyeliaan
  • Kualiti mentoring
  • Kualiti perkembangan staf atau tenaga pengajar
  1. Perubahan Sistematik

Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam kontek Malaysia sistem pendidikan mesti dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya ia dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020 kerana wawasan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia dari segi kuantitif dan kualitif. Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai.

Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pendidikan membuat pembaharuan yang disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama. Ia mestilah bersifat sistematik iaitu ia tidak boleh terdiri dari satu komponen pendidikan iaitu educational content, educational tools dan infrastruktur pendidikan mestilah diolah sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik serta komprehensif. Perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara menyeluruh dan dalam kontek yang lebih luas.

Pertama, soal asas iaitu perundangan. Sejauh manakah kuasa yang ada pada Kementerian Pendidikan dalam membuat beberapa perubahan sistem pendidikan. Pembentangan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 membolehkan reformasi pendidikan dilaksanakan.

Antara lain, rang undang-undang tersebut menggariskan :

  • Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.
  • Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan
  • Tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh tahun
  • Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan
  • Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan
  • Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Bermula dengan akta, perubahan boleh dibuat terhadap komponen-komponen lain sistem pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaitu isi kandungan pendidikan, alat-alat pendidikan dan infrastruktur. Contohnya, apabila kita mengubah kurikulum sekolah, faktor-faktor latihan guru, soal fizikal, soal kemasukan teknologi baru, sistem penilaian, kebajikan guru, profesionalisme dan lain-lain lagi hendaklah diambil kira.

Begitu juga peningkatan taraf institusi pendidikan tinggi contohnya Institut Perguruan Sultan Idris yang telah dinaikan taraf sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris. Sejajar dengan peningkatan taraf ini, adalah diharapkan kewibawaan guru-guru akan dipertingkatkan untuk melahirkan insan yang cemerlang.

Sehubungan dengan matlamat pendidikan bertaraf dunia, profesyen perguruan perlu pengkajian semula. Profesyen perguruan di Malaysia memerlukan reformasi profesionalisme yang radikal dan drastik bagi mengatasi masalah, cabaran dan jangkaan baru dalam merealisasikan agenda-agenda pembangunan pendidikan menjelang abad ke 21.

Imej dan status perguruan yang semakin tidak bermaya perlu dipulihkan segera. Penawaran kursus-kursus perguruan lepasan diploma dan ijazah di institusi pengajian tinggi adalah merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kualiti dan status profesyen perguruan.

 

  1. Penggredan Universiti

Penggredan universiti sebagaimana yang diura-urakan oleh Kementerian Pendidikan adalah satu langkah positif dan menunjukkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi selaras dengan wawasan pendidikan bertaraf dunia. Secara tidak langsung perlaksanaan penggredan universiti ini menggalakkan universiti tempatan mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan kualiti dan status pengajaran pensyarah dan profesor di universiti khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan pedagogi dan asas kaedah pengajaran.

Melatih semula pensyarah dan profesor khususnya dalam bidang baru seperti teknologi maklumat, komputer, teknologi pendidikan adalah antara langkah-langkah penting bagi meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dan dianggap sebagai satu program perkembangan staf yang perlu dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi yang ingin berkembang secara progresif dan dinamis.

  1. Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta

Penubuhan institusi pengajian tinggi swasta yang begitu banyak mempunyai implikasi yang besar kepada perkembangan industri pendidikan negara. Perlaksanaan program berkembar oleh insitusi-institusi swasta ini, membolehkan wujudnya peluang pembelajaran yang lebih tinggi dari segi penawaran kursus-kursus pengajian hasil dari kewujudan program berkembar, sekaligus menyediakan penempatan pembelajaran yang lebih banyak.

Sehubungan dengan ini, pendidikan di Malaysia tidak hanya akan bergantung kepada universiti-universiti tempatan yang sedia ada sahaja. Natijahnya, impian negara untuk melahirkan bakal-bakal pekerja berilmu sebagaimana yang disuarakan oleh Perdana Menteri dapat direalisasikan.

  1. Kelonggaran Sistem Pendidikan

Pendidikan untuk satu dekad yang akan datang digerakkan dengan lebih dinamik untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja berilmu sebagai langkah dan strategi pembangunan sumber manusia yang penting untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. Selaras dengan wawasan 2020, Malaysia sedang menyusun dan merangka satu paradigma perubahan ekonomi untuk menjadikan Malaysia negara maju dan membangun sepenuhnya dalam bidang perindustrian.

Perubahan paradigma bagi memasuki alaf baru gelombang perubahan ekonomi dan pembangunan sumber manusia abad ke 21 amat bergantung kepada peranan serta dasar liberalisasi sistem pendidikan negara ke arah melahirkan lebih banyak pekerja berilmu, rajin, tekun dan produktif.

Dalam satu ucapan dasarnya semasa mempromosikan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di London, Perdana Menteri Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan Malaysia akan melonggarkan sistem pendidikan negara bagi membolehkan pelajar dengan keputusan cemerlang di peringkat persekolahan meneruskan pelajaran pada peringkat pengajian tinggi selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan pekerja yang berilmu. Langkah melonggarkan peluang pendidikan ini dikira perlu kerana negara kekurangan pekerja yang berilmu bagi menghadapi cabaran masa depan terutama sekali dalam era teknologi maklumat abad ke 21.

Dengan mewajibkan semua murid mengikuti pendidikan awal di sekolah rendah secara percuma di samping melonggarkan peluang pendidikan menengah dan tinggi, Malaysia dikira akan mencapai satu taraf pendidikan yang maju di dunia. Malaysia juga dikira mempunyai kadar buta huruf yang rendah berbanding dengan negara-negara membangun yang lain.

Kelonggaran sistem pendidikan juga menjadi satu strategi untuk merapatkan jurang kemiskinan dalam masyarakat. Pendidikan, latihan dan pembangunan tenaga manusia mempercepatkan perubahan sosial, meningkatkan produktiviti, membentuk warganegara yang produktif, menjadi penggerak kepada pembangunan sains dan teknologi dan kegiatan ekonomi moden selaras dengan kemajuan yang ingin dipelopori melalui pendidikan bertaraf dunia.

Perubahan alaf baru pembangunan negara abad ke 21 juga memerlukan ribuan tenaga mahir dan tenaga profesional yang berilmu. Oleh sebab itu pelaburan pendidikan yang merupakan agenda pembangunan sosial juga menjadi satu agenda yang amat mendesak bagi meliberalisasikan peluang pendidikan dan latihan ke arah pembentukan pekerja berilmu.

Langkah bagi melahirkan pekerja berilmu mendorong sesebuah negara memperuntukan pelaburan yang tinggi dalam pendidikan dan latihan. Langkah ini juga selaras dengan Teori Modal Manusia (Human Capital Theory) yang menganggap pendidikan sebagai satu strategi penting bagi meningkatkan potensi modal manusia seperti kepakaran, kemahiran, berpengetahuan, efisyen, produktif, berdedikasi dan kreatif, sikap yang baik terhadap kerja dan sebagainya.

CABARAN KE ARAH MENUJU PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.

 

Dalam Malaysia kearah menuju pendidikan bertaraf dunia, kita tidak dapat lari daripada cabaran-cabaran yang boleh memberi kesan kepada dunia pendidikan. Di antara cabaran-cabaran tersebut ialah :

  1. Penghijrahan pensyarah (brain drain)

Penghijrahan pensyarah institusi pengajian tinggi awam bukanlah satu fenomena yang baru. Ia telah lama berlaku. Menurut Encik Wan Mokhtar Wan Yusuf ( Y.D.P. Persatuan Kakitangan Akademik UKM), penghijrahan ini merupakan satu fenomena biasa yang sering berlaku dalam mana-mana sektor. Penghijrahan ini sepatutnya dilihat sebagai tuntutan kepada keperluan tenaga pengajar yang bertambah dalam sektor pendidikan swasta sejajar dengan perkembangan pendidikan negara ini.

Persoalannya apakah penghijrahan pensyarah menjadi satu ancaman kepada pendidikan di negara ini ? Sudah tentu pasti kerana untuk menghasilkan seorang pensyarah bukannya satu perkara yang mudah. Institusi pengajian tinggi awam menghadapi saingan untuk memikat graduan ijazah pertama sewaktu mereka menamatkan pengajian. Memang tidak dapat dinafikan sektor swasta menawarkan skim gaji dan beberapa kemudahan yang menarik berbanding dengan apa yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi awam.

Dilihat dari sudut yang lain, kestabilan politik dan kemantapan ekonomi memberi ruang kepada pensyarah institusi pengajian tinggi awam memilih haluan karier masing-masing dan tidak bergantung sepenuhnya kepada agensi-agensi yang berada di bawah naungan Kementerian Pendidikan. Penghijrahan pensyarah bukan sahaja disebabkan oleh gaji pensyarah yang kecil tetapi juga harus dilihat dari pelbagai sudut sama ada ia berbentuk peribadi atau sebaliknya. Banyak lagi faktor lain yang dapat dikaitkan seperti tidak mendapat pengiktirafan pada masa yang diharapkan, rasa terkongkong dan sebagainya. Penghijrahan pensyarah sebenarnya tidak hanya tertumpu kepada institusi pengajian tinggi swasta sahaja, malahan ia juga melibatkan sektor yang lain seperti sektor swasta, sektor kerajaan atau bekerja sendiri.

  1. Dominasi Jantina Dalam Profesyen Perguruan

Keunggulan idealisme perguruan di negara ini menjadi semakin malap apabila profesyen perguruan ini dimonopoli oleh kaum wanita. Trend yang berlaku sekarang menunjukkan profesyen perguruan pada masa kini dan menjelang pada abad 21 akan terus dimonopoli oleh wanita. Salah satu implikasi negatif pendominasian gender, khususnya kaum wanita dalam profesyen ini ialah meluasnya pelbagai perkembangan yang tidak sihat seperti kenakalan remaja, keruntuhan moral, masalah disiplin, jenayah berat yang semakin meluas berlaku disebabkan komitmen yang rendah dan ketidakmampuan guru wanita menangani masalah sosial yang semakin mencabar.

Kekurangan peranan bapa di sekolah serta corak sosialisasi yang lemah sekaligus menunjukkan profesyen perguruan tidak berkemampuan dalam menangani masalah asas pendidikan yang dihadapi oleh masyarakat pada masa ini dan menjelang abad ke-21. Perasaan ketidakpuasan hati di kalangan guru dalam profesyen perguruan kebelakangan ini telah meningkat dengan begitu tinggi.

Ini disebabkan meningkatnya beban kerja dan jangkaan yang pelbagai yang dilakukan oleh guru. Fenomena ini juga mendorong ramai bilangan guru ingin berhenti dan memohon untuk pilihan bersara daripada profesyen ini. Selain itu, kaum guru tidak dapat melarikan diri daripada menjadi sasaran kritikan kerana pendidikan adalah sentiasa terbuka kepada penilaian dan akauntabiliti pelbagai pihak.

Banyak pekembangan terbaru yang berlaku yang memerlukan golongan pendidik di negara ini lebih bersifat profesional dalam melaksanakan tugas dan menangani masalah rumit yang berkembang dalam masyarakat sekarang. Kemalangan yang berlaku dari masa ke semasa mendedahkan golongan pendidik di negara ini dengan pelbagai tekanan psikologi dan mental yang memerlukan semangat kental dan kesabaran kaum guru.

  1. Peperiksaan Mengikut Keupayaan.

Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan, dikira akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di sekolah.

Konsep yang dicadangkan oleh Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak ini, sudah tentu mempunyai implikasi sosial dan moral yang luas kepada perkembangan pelajar. Murid-murid sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan kecerdasan mereka. Ini menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah dan cepat menguasai sesuatu pelajaran dan kemahiran berbanding dengan segolongan lagi murid yang lemah dan lembab.

Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi kesan pada pencapaian individu murid. Dari kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan faktor sosioekonomi khususnya latar belakang keluarga seperti pekerjaan, pendapatan dan pendidikan ibu-bapa mempunyai kesan yang amat besar kepada pencapaian murid-murid. Konsep peperiksaan yang memberi peluang pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan ini adalah bertujuan menggalakkan pelajar yang pintar dan cerdik atau murid-murid yang telah pun bersedia boleh mengambil peperiksaan lebih awal bagi tahap-tahap tertentu.

Isu kritikal di sebalik perlaksanaan sistem peperiksaan ini ialah ia boleh menggoncangkan sistem persekolahan kerana ia boleh menjadi alat untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh golongan elit dan golongan berada mendapat pengiktirafan memihak kepada kepentingan mereka berbanding anak-anak golongan kurang berada dan golongan miskin.

Liberalisme konsep peperiksaan mengikut keupayaan bagaimanapun dikira akan memberi peluang kepada pelajar lemah menangguhkan peperiksaan yang sepatutnya mereka duduki mengikut sistem peperiksaan berjadual sehingga mereka benar-benar yakin dan bersedia. Soalnya, sehingga bilakah pelajar yang lemah boleh membina keyakinan mereka untuk menduduki peperiksaan dan adakah mereka yakin mereka akan berjaya dalam peperiksaan.

Peratusan dan bilangan besar pelajar lemah di sekolah didapati tidak mempunyai keyakinan dan harapan yang mereka akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Sistem peperiksaan yang diujudkan juga lebih cenderung untuk mengukur kebolehan dan kecerdasan yang mirip kepada pelajar berkebolehan tinggi di samping ia mengiktiraf kegagalan pelajar lemah dan kurang kebolehan dari segi akademik.

Sistem peperiksaan yang dikira liberal ini juga tidak menjadikan sesuatu perubahan kepada yang berkebolehan rendah. Meliberalisasikan konsep peperiksaan tanpa mengubah rancangan dan program pendidikan untuk memperbaiki kelemahan akademik golongan berkebolehan rendah sudah tentu tidak memberi apa-apa makna ke arah merintis masa depan yang cerah kepada golongan yang berkebolehan rendah.

Selain itu, boleh ditimbulkan satu persoalan disini, apakah falsafah dan rangka ideologi yang mendasari konsep peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan ini ? Adakah ia boleh dikira satu perubahan yang penting ke arah menyumbang reformasi sistem peperiksaan yang sedia ada ? Setakat manakah falsafah dan konsep peperiksaan mengikut keupayaan ini memberi faedah dan mendukung wawasan pendidikan untuk melahirkan warga negara yang seimbang serta berketrampilan ?

Cadangan dikemukakan bagi menjadikan sistem peperiksaan dan persekolahan dan pengajian tinggi di negara kita lebih fleksible dengan cara membenarkan pelajar merujuk buku dan bahan-bahan yang dikirakan penting semasa di bilik peperiksaan. Bagaimanapun ia dianggap tidak praktikal dari segi keboleh percayaan dan validitinya sesuatu peperiksaan. Idea ini juga dikira mempunyai kecenderungan mengalakkan pelajar meniru dalam peperiksaan yang sukar dikesan.

Salah satu amalan negatif peperiksaan mengikut keupayaan ialah menkelaskan pelajar mengikut kelas dan kriteria baik, sederhana baik, lemah dan sebagainya. Amalan ini juga dikenali sebagai “streaming” atau pengaliran. Pengaliran biasanya dibuat oleh pihak sekolah mengikut pencapaian keseluruhan pelajar, dan kedudukannya yang bersiri di kalangan pelajar di tahap yang sama.

Konsep peperiksaan seperti ini mengalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat-pusat tuisyen yang memberi keuntungan yang lumayan di samping mengekspoitasi murid dan ibu bapa demi mendapatkan kelulusan yang baik di dalam peperiksaan yang diadakan. Pertumbuhan pusat-pusat tuisyen adalah satu fenomena yang tidak sihat dan ia mencerminkan kegagalan sistem pendidikan dan sistem persekolahan di negara ini yang kurang cekap menjamin kejayaan yang baik di dalam peperiksaan. Selain itu peperiksaan akan mempengaruhi ibu bapa sehingga boleh memberi tekanan mental dan psikologi kepada anak-anak mereka semata-mata didorong oleh desakan untuk mencapai kejayaan yanga cemerlang.

Kejayaan di dalam peperiksaan dikira merupakan satu tiket untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik di samping untuk mendapatkan tempat memasuki institusi pengajian tinggi yang begitu berpegang teguh kepada merit dan prinsip kecemerlangan pencapaian akademik seseorang pelajar.

Dilihat dari perspektif sosiologi, radikal, konsep peperiksaan yang dicadangkan ini akan mendorongkan kepada satu corak “class struggle” yang lebih ketara yang mencerminkan realiti keadaan persaingan dan pergelutan masyarakat di luar sekolah. Keseluruhan falsafah, prinsip, dan proses pendidikan akan terjejas sekiranya sistem peperiksaan yang mendasari wawasan pendidikan itu menyimpang dari matlamat-matlamat unggul pendidikan untuk membentuk dan melahirkan insan yangg seimbang dan sempurna yang perlu dilaksanakan melalui sistem dan proses persekolahan yang progresif dan dinamis.

CADANGAN MENANGANI CABARAN KEARAH MERIALISASI PENCAPAIAN MATLAMAT PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.

 

 

Meningkatkan profesionalisme perguruan

 

Adalah amat mustahak diingat golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan sedia menghadapi cabaran-cabaran baru, disamping meningkatkan kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan pendidik yang dihormati dan disanjungi oleh murid, ibubapa dan masyarakat.

Budaya mengajar yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang berkesan menangani masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya, buta ilmu adalah di antara krisis pendidikan yang mencerminkan krisis profesionalisme perguruan di negara-negara membangun khususnya di Malaysia memerlukan resolusi yang lebih redikal dilakukan. Profesyen perguruan boleh dikatakan tidak banyak mengalami perubahan dari segi inovasi dari segi teknologi walaupun perkembangan teknologi maklumat berlaku dengan pesatnya dan dalam sektor-sektor lain.

Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesyen di negara ini perlu di reformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada budaya literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan bersikap terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik.

Pendidikan guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang berwibawa dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang progresif, dapat mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Peranan profesyen perguruan dalam masyarakat membangun seperti Malaysia menjelang abad ke 21 tidak seharusnya di bataskan di atas andaian dan pandangan yang sempit. Sebarang langkah bagi mengongkong dan menyempitkan peranan golongan guru sudah tentu akan merugikan masyarakat dan negara.

Profesyen perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang lain, profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesyen perguruan perlu diberi ruang yang lebih terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah, murid, pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang besar kepada pembangunan masyarakat setempat.

Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung kepada profesyen perguruan yang berkembang secara dinamik dan progresif. Profesyen perguruan yang dinamis perlu melahirkan kepimpinan guru yang berkualiti, sentiasa memperbaiki dan mempertahankan etika profesionalisme pendidikan, berbanding dengan tugas yang mengabdikan diri sebagai golongan pendidikan yang berwibawa dan dapat menjadikan diri sendiri lebih berketrampilan dengan mendokong belajar seumur hidup (life long learning), belajar untuk mengubah dan belajar untuk berubah.

Usaha-usaha lain sepearti melatih pensyarah bagaimana mengajar di institusi pengajian tinggi. Langkah ini turut mencadngkan supaya pensyarah-pensyarah universiti mestilah memiliki diploma pendidikan bagi membolehkan mereka melayakkan diri untuk mengajar. Walaupun mendapat reaksi yang “panas dan sinis” daripada pensyarah dan professor, cadangan ini bagaimanapun perlu dianggaap sebagai satu cadangan yang positif bagi meningkatkan kualiti pengajaran pensyarah dan profesor di universiti khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan pedagogi dan asas kaedah pengajaran.

Mengatasi masalah “Brain Drain” di kalangan pensyarah

 

Kebanyakkan pensyarah yang memilih kerjaya ini adalah kerana komited dengan apa yang dilakukan. Penyelidikan menjadikan visi hidup mereka. Kerjaya sebagai pensyarah mempunyai banyak insrintik yang terus menambat hati pensyarah agar terus kekal di institusi pengajian tinggi.

Namun apa yang menyebabkan wujudnya masalah ‘brain drain’ antaranya ialah layanan yang mereka terima berbanding dengan pensyarah yang berrkhidmat di luar negara. Wan Mokhtar mempersoalkan apakah adil hanya menggangapkan pensyrah yang berkhidmat di luar negara ditawarkan dengan gaji yang berlipat ganda apabila kembali ke Malaysia, sedangkan antara keduanya mempunyai kemahiran dan pendedahan yang sama.

Dalam menangani isu ini, ia melibatkan banyak pihak. Namun begitu ia bukanlah sesuatu perkara yang sukar. Kerajaan sebagai tunggak, hendaklah peka dengan keperluan dan tuntutan semasa institusi pengajian tinggi awam agar penghijrahan keluar pensyarah dapat di atasi. Jangan biarkan pensyarah meminta-minta hak mereka kerana martabat pensyarah amat tinggi kedudukannya.

Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan

 

Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan negara.

Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak memberi gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-langkah perrlu dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek kognitif dengan menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik, pertimbangan dan nilai, ketepatan fakta, penyelaisaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan sebagainya.

Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai kriteria keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju dan cemerlang di samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk mencapai rasa kejayaan dan penghargaan diri.

Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat. Perubahan ini bukan bersifat kosmetik tepi perubahan substantif supaya kurang berorientasikan peperiksaan. Antaranya cadangan supaya tiga peperiksaan sekolah menengah dikurangkan kepada dua. Ini akan mengurangkan tekanan.

Antara perubahan tersebut ialah membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira untuk memasuki universiti. Ketika ini sepuluh peratus daripada nilai markah kemasukan universiti datangnya daripada aktiviti ko-kurikulum. Apabila kita berubah kepada sekolah bestari nanti, penekanan akan diberikan kepada soal penguasaan ilmu dan kemampuan pelajar mengikut kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri.

KETERSEDIAAN PENDIDIK MENGHADAPI REFORMASI PENDIDIKAN

Golongan pendidik adalah murabi dan ahli ilmu yang membimbing manusia kejalan yang betul dalam pegangan hidup, kerohanian, akhlak dan bidang ilmu yang berfaedah. Mereka bertanggungjawab mendidik pelajar mengenal dan menghayati nilai kebenaran, keindahan dan keadilan dengan spektrumnya yang seimbang dan benar, sesuai dengan potensinya sebagai khalifah Allah dan hambanya. Dalam menuju alaf baru pendidikan bertaraf dunia paradigma pendidikan perlukan anjakan yang dapat mendorong para pendidik memainkan peranan mereka dengan lebih agresif dan progresif. Paradigma pendidikan perlu diubah daripada menerima kepada mencipta atau mencari, daripada ketaatan kepada komitmen , daripada individu kepada perkongsian, daripada rutin kepada inovatif dan kretif, daripada reaktif kepada proaktif dan daripada pasif kepada progresif.

Sebelum perlaksanaan reformasi dibuat secara total ke atas sistem pendidikan negara, apakah semua yang akan terlibat dalam mendokong dan melaksanakannya telah tersedia? Kementerian Pendidikan perlu terlebih dahulu memastikan semua dalam keadaan bersedia bagi mendokong semua dasar atau sistem baru yang lebih futuristik.

Janganlah semua kesilapan seperti pengenalan kurikulum baru sekolah rendah (KBSR), subjek alam dan manusia (ADM), dasar disiplin dan sistem kenaikan pangkat baru berdasarkan kepada kelayakan akademik berulang lagi – kasihan generasi remaja kita yang menjadi mangsa kerana impak dari kesilapan penghitungan dalam menanam modal dalam”komoditi pendidikan”, ia akan memberi impak jangka panjang. Sebagai contoh, hasil daripada kegagalan KBSR dan subjek ADM yang dilaksanakan 10 tahun dahulu, bahangnya kita dapat rasai kini dengan kurangnya pelajar kita (melayu khususnya) yang berminat unutk memilih sains sebagai bidang pilihan mereka di IPT.

Pendidikan telah mempunyai agendanya untuk menubuhkan Sekolah Bestari, Pendidikan Bertaraf Dunia, Guru Bertaraf Dunia dan berbagai lagi yang akan bertaraf dunia. Persoalannya, apakah semua kominiti guru telah bersedia untuk mengikut arus reformasi yang akan mendatang dalam era pasca Teknologi Maklumat masa kini ? Ada baiknya fenomena ini dibetulkan terlebih dahulu sebelum memikirkan reformasi pendidikan secara total. Janganlah anjakan paradigma itu dibuat berkelompok-kelompok, biar ia menyeluruh kepada semua golongan pendidik. Kerana mereka inilah yang akan membina asas-asas yang mantap dan teguh.

KESIMPULAN

 

Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Sebagai golongan bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu.

 

Diambil dari : http://aishahnetty.blogspot.com/search/label/isu%20pendidikan